VALENTINE'S DAY: KEHADIRANMU TIDAK DIUNDANG
Assalamualaykum wbt.. erm.. artikel di bawah ni miera copy paste daripada Bulletin Board dalam Friendster tu, yang telah di post kan oleh seorang sahabat .... erm.. Syukran Jazilan..(blom mintak kebenaran ni.. hehe.. nnt mintak ek.. :P )..
Tanggal 14 Februari adalah tarikh yang menjadi
ingatan bagi sesetengah orang. Tarikh inilah yang
menjadi "keramat" bagi golongan tertentu dan
merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi
pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara.
Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-
kad Valentine's Day berserta cendera mata
sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan
masing-masing. Tetapi apa yang menyedihkan
kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut,
ada yang terdiri dari kalangan generasi muda
Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa
anda menyambut 'Hari Kekasih' ini? Diantara
jawapan mereka ialah 'Saya hanya ikut-ikut
sahaja', 'Untuk mengeratkan tali persahabatan'
& 'suka-suka'.
Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-
mulut golongan muda Islam ini? Kerana
pemikiran/konsep mereka telah diresapi oleh racun
ideologi Kapitalisme yang berasaskan doktrin
sekularisma iaitu pemisahan agama dari
kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan
Valentine's Day dianggap tidak bertentangan
dengan aqidah yang mereka pegang. Mereka pada
dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan
dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran
mereka. Di sebabkan kejahilan dan kurangnya
berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah
yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk
mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah
menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan
hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!
Sejarah Valentine's Day
Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini
merayakannya, elok sekali kalau kita melihat
kembali sejarah silam yang membawa kepada
perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi
merayakan acara untuk memperingati suatu hari
besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari,
mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan
ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan
wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari
alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara
ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan
perempuan yang memilih pasangannya masing-
masing dengan menulis nama yang dimaksudkan
dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan
masing-masing saling tukar-menukar hadiah
sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini
diteruskan dengan berbagai macam pesta dan
huru-hara bersama pasangan masing-masing
sampai ke pagi.
Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka
gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian
terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada
tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius)
mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint
Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk
orang-orang suci dengan memindahkan harinya
pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan
bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati
pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara
tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan
Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan
adanya usaha untuk menghubungkan hal itu
dengan St Valentine yang hidup di Rom pada
zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270).
St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom
dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh
membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan
memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya
berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang
buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom
memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine)
dekat Altar Juno.
Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day,
banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain.
Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat
kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana
memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam
agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma
sekitar tahun 273 Masehi.

Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's Day
Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah
mempunyai hukum dan wajib baginya untuk
mengetahui hukum satu perbuatan sebelum
perbuatan tersebut dilaksanakannya.
Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh)
yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu
perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam
Syara'
Begitu pula untuk 'berkasih-sayang'
versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih
dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan
dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat
dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan
Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak
ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak
hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir
dan berkembang dari segolongan manusia
(kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang
sangat jauh berbeza dengan corak hidup
berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita
fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam,
akan kita dapati aturan yang tegas terhadap
masalah ini, antara lain firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu
tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya
akan diminta pertangggungjawaban (Qur'an Al-
Isra' : 36)
Juga firman Allah SWT;
Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan
mereka setelah datang ilmu kepada kamu
(keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau
demikian termasuk golongan orang-orang yang
zalim (Qur'an Al-Baqarah : 145)
Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu
setelah kita mendapatkan pemahaman tentang
Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak
menutup mata dan telinga setelah mengetahui
perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak
akan menutup mata hati kita, kerana orang yang
paling rugi ialah orang yang berusaha menutup
pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan
keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika
seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa
nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat
Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi
umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak
boleh disandarkan pada asas manfaat di mana
penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah
bersifat relatif.
Kesimpulan
Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik
dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh
Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami
tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai
umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan
berbeza dengan sistem manapun, sangat
memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk
berdikari, produktif dan tidak boleh 'menciplak'
ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.
Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia
termasuk dari golongan mereka (HR Abu Daud
dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar).
Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang
menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)
(HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya
dari datuknya).
Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi
dan Nasrani.. (HR Tirmidzi).

Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-
niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah
akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam
masalah hari raya (hari kebesaran) misalnya,
Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari
raya umat lain. Begitu pula dengan urusan
pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain
dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama
lain.
Semestinya kita mempunyai cara hidup kita
sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan
memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-
satunya cara hidup yang komprehensif dan
sempurna yang diturunkan/diwahyukan oleh Allah
SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk
mengatur hubungan manusia dengan tuhannya,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan
hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah
SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi
kehidupan seorang muslim dengan tegas
memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak
hidup kaum/bangsa lain, sebagaimana dalam
sabdanya:
Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku
menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh
bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam),
selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.
Di kalangan sahabat ada yang bertanya: Ya
Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti
bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah
menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)?
(Hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah).
Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna
ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-
masalah aturan kehidupan, baik individu maupun
kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn
Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka
pernah berkata:
"Yang kalah cenderung mengekori yang menang,
dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang
dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup
mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-
istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan
seni pahat (patung berhala), baik di dinding-
dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah".
Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di
saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita
dapati kesesuaiannya. Memang benar umat Islam
kini berada dalam posisi yang teramat rendah,
yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan
patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita
secara membabi -buta meniru apa-apa saja yang
diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil,
hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang
tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari
aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan
aspek-aspek Islam yang lainnya (kehidupan sosial-
kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan lain-
lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak
dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung
tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.
Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda
Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini,
akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini?
Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi
hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan
semua aturanNya?
Permasalahan ini akan hanya dapat diperbetulkan
dengan tertegaknya Khilafah. Di mana sistem
yang diterapkan secara keseluruhannya dalam
sistem Khilafah akan memastikan individu dan
masyarakat Islam akan terus hidup di atas
landasan syariat Allah SWT. Umat Islam yang
dipayungi oleh Khilafah tidak akan dibiarkan terus-
terusan disuntik dengan fahaman-fahaman kufur,
ini adalah kerana Khalifah bagi Daulah Islamiah
merupakan pemelihara bagi rakyatnya
Bangkitlah umat ku kearah mengembalikan
semula kehidupan Islam di muka bumi Allah swt
ini dengan tariqah yang telahpun ditunjukkan oleh
Rasullulah saw kepada kita iaitu dengan
menegakkan 'Sistem Khilafah', di mana sistem ini
akan memberikan suatu kehidupan yang
sebenarnya kepada manusia. Firman Allah swt:
Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah
dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu
kepada suatu memberikan kehidupan kepada
kamu (Qur'an Al-Anfaal: 24)
Dipetik dan diubahsuai dari Forum Intelektual
Nusantara (FIN).
wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan