http://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhye semua!!..maeyh la melawat2 dlu aku punya blog,,,sblum tutup tu ka,,follow larh dulu ye,,untuk mengerat kan silaturrahim,,hehehh,,

Rabu, 16 Februari 2011

letih..penat,,,

HUHU...
ary ni manya letih,penat,sakit bdan sume nye ad meyh,,,
hUH...nk taw npe?
sbb nye ary 1 ary suntuk ak ngn mmber ak cri kja,,,HAHA..al mklum la,,pkot dh ksong,,
kna la cri kja,,xkn nk prbis beras je at umh,,
8.00 a.m
kluar umah,,cewah,,knonnya smagat gla pg 2,,,,ble dh smpai zon kwasn tmpt klang,,humh,,pning kowt (@#$%^&*) nk g klang yg mna 1 ni,,,,dlm bnyk2 klang,,HUHU,,klang AMD gak jd mangsa tmpat ktorang g intrview,,time 2 kol 9.30 dh..HAHA,,dgn prsaan yg x bbrpa yakin g at pak guard 2 tnya ADA JAWATAN KOSONG X? dya ckp kjap ye,,hmmm ok,,,guard 2 pown tepon owg dlm bgtaw ad dark pmpn 2 owg nk intrview..dlm tlian diowng 2..ak mmg dgar la guard 2 ckp,,dya kta mai ptg bley x? dlm kol 3,,,
waduh,,!!!kol 3,, dsyat,,npa x bg mlm ja,,,haha,.,,ok jap g ptg ktorang dtg blek,,lps 2 ap ag blah ar dr  c2..nk 2ggu wat pe ag,,kol 3 kta mai laen,,(TENSI0N) 
10.00 a.m
ble dh blah dr c2,,(serntak).."wey,,jom mkn ,,lpaq dh ni,," ,,HAHAH,,,mmg ktowang sjiwa la,,sbut bley sma2 tima 2,,besa la,,jd mmber sjak kecik kowt,,"nk mkn at mna?"haha,,
10.30 a.m
wey,,jom ar,,prut dh knyang,,2ggu ap ag,,blah ar,,heheh
aku     : nk p mna? lmbat ag kowt nk kol3,,,skunk bwu kol 10.30,,dasyt 2,,nk blek pown jauh  kowt,,
            xkn nk mai blek,,nk g mna nie?..
ogy     :HOho..xtaw,,j0m ar g Qbay ka,,mna2 ja la,,,rnda2,,cuci mta,,,jgan wat psai nk blek,,,
           klw blek cnfrm x bley mai dh,,wat abes mnyk ja blek...
aku     :0k la,,Qbay ok gk,,,tgk wyang j0m...cter pe yg ad...
ogy     :xtaw,,g tgk la dlu,,,
aku     :ok3,,jom,,,
                                                                   otw g Qbay...
dh smpai,,,,
HAHA,,dh smpai 2 mmg HARUS g toilet dlu,,sbb bk btul kan 2dung ,,dh pkai elmet,,twu2 jela 2dung mcm mnew an,,,huh,,kaki time ni mmg 0k la,,,yeah,,,rnda dlm 2 bley kte 1 bngunan 2 la,,smapi ke JUSCO g redah,,
1.00 p.m
adui,,,,lmbat nya nk kol 3 ni,,,cm na ni,,,
ogy   :jom ar g men game at jusco,,
aku   :emm,,,ok jom,,,
dh abes men game pown still bwink gla sbb dh lma dlm mall 2,,shoppng?,,haha,,jgn tnya la,,duet time 2 ad RM20 je kowt,,nk jd ape ngn 20,,AHHAH
2.00 p.m
wey,,sejam ag la,,arghh,,,bla la nk kol 3 ni,,ak dh penat ni dok jln dr td 1 mall ni,,,,
kaki pown dh x larat nk jln,,khabisan bt3,,,jom g cri tmpt dduk jap..nk cas,,,HAHHA

ha,,!!! jom,,dh kol 3.15 wey...klw smpai kol3 tpat sah kna perli,,,guard 2 kta kol 3,,kol3 tepat smpai,,,haha..
3.30 p.m
lmbat dh ni,,dh kta kol 3,,3.30 plak smpai,,bla msuk je dlm klang 2,,,kna plak isi brang intrview mcm dark 7 taon nya soklan ( + -) tp mmg snang la soklan dlm brang 2,,bla smpai je gliran intrview 2,,haah,,sjuk abes tgn ak,,xpnah ak jd smpai mcm ni,,,huh,,gabra3,,,
bla dh msuk blik 2,,,(dlm aty) relax miera,,kau xyah gabra2,,,ok2,,,relax2,,,
dlm dok smbang pong pang pong pang ngan cina 2,,emm,,engt dh bley dpt,,tp kna 2ggu dya call 6t,,dlm msa 2mggu,,btol ke cina ni kta 2 mggu,,lmanya,,,herh,,,!!1mcm nk cri kja laen je ase,,npa la 2mmgu apek oi,,asal x 2 taon trus,,kowt la ko nk tepon ecox xpe gk,,erm,,,ok la,,,thanx,,,ag pon dh kol 4.30 ptg dh..
ak pown kluar ar dr c2,,ermh,,,2ggu ap..jom ar kluaq,,blek,,,pnat dh ni,ok,,jom blek,,ble dh blek,,tp x smpai gk at umah,,hhehebley g lepak plk at tmpt besa..HAHHA,,,6.30 p.m bwu la smpai trpck at umah..msuk2 je,,hah,,kne la pok pek pok pek,,,
sbb ape? sbb lma sngt g cri kja,,,dr pg smapi ptg,,,pdhal,,melencong kot laen,,,HEHE,,,shuutt,!!!!
diam taw,,,heheh..
ok la smpai cni je,,,,
dh abes daa,,,,

Selasa, 15 Februari 2011

salam maulidul Rasul...

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam, dan kepada seluruh orang islam di dunia secara amnya. Saya berharap kita semua dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini. Antara cara kita menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala ajaran islam yang telah dibawa oleh baginda. Jika sebelum ini kita selalu tinggalkan solat, maka selepas ini kita tidak akan tinggalkan solat, atau jika selama ini kita tidak melakukan amalan zakat, maka kali ini kita lakukan amalan zakat. Dengan menzahirkan pelaksananna ajaran baginda, ini membuktikan bahawa kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w.Semoga kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.
Salam Maulidul Rasul
             Salam Maulidur Rasul pada semua warga dan semua pengunjung Blog    MEMENTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH.







Isnin, 14 Februari 2011

PERUBAHAN JAM TIDO


Today adalah hari ini
Yesterday  adalah semalam
Kenapa aku selalu begini
          Tak reti nak tidur malam 






Pantun diatas menerangkan tentang seorang wanita *Wanita ke??* yang selalu tidur selewat 3 pagi SETIAP HARI. Sukar baginya untuk me'Lena'kan diri sebelum pukul 12 malam. Bangun tidurnya pula tidak menentu. Kadang kala awal tapi selalunya lewat bangun pagi dalam sekitar 10 pagi !*paling awal la* . 




Wanita tersebut sering di'leteri oleh kedua ibubapa nya kerana sering bangun lewat . Hal ini kerana adalah tidak elok seorang wanita bangun lewat seperti wanita tersebut. Wanita tersebut tidak menghiraukan leteran kedua ibubapanya kerana dia masih tidak dapat mengubah cara tidur nya yang 'tunggang tebalik itu' . Walaupun begitu, jauh didalam sudut hati nya ingin mengubah cara tidurnya yang teruk itu tetapi tidak tahu caaranya.




Oleh itu, wanita tersebut telah di'ugut' oleh seseorang untuk tidur seawal 12 malam setiap hari mulai hari ini.Persoalan nya disini, mampukan wanita tersebut tidur seawal 12 malam setelah sekian lama waktu tidur nya selewat 3 pagi???? mampukah??? oh tidak.. agak sukar baginya untuk mengubah Jam Tidur badannya itu. tetapi adakah wanita tersebut mempunyai pilihan? tidak sama skali. Maka, dengan ini wanita tersebut perlu melakukan nya dalam keadaan 'paksa tapi rela' . Wanita tersebut perlu mula menukar jam tidurnya mulai hari ini. * Oh Tidak!* 




Maka dengan ini, kepada kawan-kawan kepada wanita tersebut ,sekiranya anda ingin menghubungi wanita tersebut atas jam 12 malam, anda dikehendaki meninggalkan pesanan anda di FB nya dan bagi yang mempunyai nombor telefonnya , sila hubungi nya disitu. harap maklum!




ps 1: Sila cari sendiri siapakah gerangan wanita tersebut..hehe 




ps 2:  maaf! pantun diatas sangat x sedap n merepek ..haha~ 

fikir untuk ZIKIR.(kesedaran)

memang x dinafikan aryni adlh ary kekasih,,tp kita sbgai umat islam jgn la meraikannya...

" Wahai orang-orang beriman ! Taatilah Allah dan taatilah Rasul ( Muhammad s.a.w ), dan Ulil Amri ( Pemegang kekuasaan / Pemerintah ) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagi mu) dan lebih baik akibatnya. "

SAMBUTAN HARI VALENTINE_ Jangan Disambut!!

( al-Quran Surah an-N
isa' 


Ayat 59:4 )Kasih dan cinta adalah suatu fitrah yang suci tetapi tanpa panduan syariat manusia boleh menjadi punah dan keji.

The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.

Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. 

                                                        

VALENTINE'S DAY:  KEHADIRANMU TIDAK DIUNDANG




Assalamualaykum wbt.. erm.. artikel di bawah ni miera copy paste daripada Bulletin Board dalam Friendster tu, yang telah di post kan oleh seorang sahabat .... erm.. Syukran Jazilan..(blom mintak kebenaran ni.. hehe.. nnt mintak ek.. :P ).. 


Tanggal 14 Februari adalah tarikh yang menjadi
ingatan bagi sesetengah orang. Tarikh inilah yang
menjadi "keramat" bagi golongan tertentu dan
merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi
pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara.
Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-
kad Valentine's Day berserta cendera mata
sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan
masing-masing. Tetapi apa yang menyedihkan
kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut,
ada yang terdiri dari kalangan generasi muda
Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa
anda menyambut 'Hari Kekasih' ini? Diantara
jawapan mereka ialah 'Saya hanya ikut-ikut
sahaja', 'Untuk mengeratkan tali persahabatan'
& 'suka-suka'.

Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-
mulut golongan muda Islam ini? Kerana
pemikiran/konsep mereka telah diresapi oleh racun
ideologi Kapitalisme yang berasaskan doktrin
sekularisma iaitu pemisahan agama dari
kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan
Valentine's Day dianggap tidak bertentangan
dengan aqidah yang mereka pegang. Mereka pada
dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan
dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran
mereka. Di sebabkan kejahilan dan kurangnya
berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah
yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk
mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah
menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan
hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!



Sejarah Valentine's Day

Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini
merayakannya, elok sekali kalau kita melihat
kembali sejarah silam yang membawa kepada
perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi
merayakan acara untuk memperingati suatu hari
besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari,
mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan
ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan
wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari
alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara
ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan
perempuan yang memilih pasangannya masing-
masing dengan menulis nama yang dimaksudkan
dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan
masing-masing saling tukar-menukar hadiah
sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini
diteruskan dengan berbagai macam pesta dan
huru-hara bersama pasangan masing-masing
sampai ke pagi.

Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka
gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian
terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada
tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius)
mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint
Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk
orang-orang suci dengan memindahkan harinya
pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan
bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati
pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara
tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan
Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan
adanya usaha untuk menghubungkan hal itu
dengan St Valentine yang hidup di Rom pada
zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270).
St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom
dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh
membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan
memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya
berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang
buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom
memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine)
dekat Altar Juno.

Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day,
banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain.
Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat
kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana
memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam
agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma
sekitar tahun 273 Masehi.

Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's Day 
Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah
mempunyai hukum dan wajib baginya untuk
mengetahui hukum satu perbuatan sebelum
perbuatan tersebut dilaksanakannya.
Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh)
yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu
perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam
Syara'

Begitu pula untuk 'berkasih-sayang'
versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih
dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan
dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat
dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan
Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak
ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak
hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir
dan berkembang dari segolongan manusia
(kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang
sangat jauh berbeza dengan corak hidup
berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita
fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam,
akan kita dapati aturan yang tegas terhadap
masalah ini, antara lain firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu
tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya
akan diminta pertangggungjawaban (Qur'an Al-
Isra' : 36)
Juga firman Allah SWT;
Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan
mereka setelah datang ilmu kepada kamu
(keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau
demikian termasuk golongan orang-orang yang
zalim (Qur'an Al-Baqarah : 145)
Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu
setelah kita mendapatkan pemahaman tentang
Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak
menutup mata dan telinga setelah mengetahui
perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak
akan menutup mata hati kita, kerana orang yang
paling rugi ialah orang yang berusaha menutup
pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan
keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika
seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa
nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat
Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi
umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak
boleh disandarkan pada asas manfaat di mana
penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah
bersifat relatif.


Kesimpulan

Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik
dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh
Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami
tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai
umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan
berbeza dengan sistem manapun, sangat
memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk
berdikari, produktif dan tidak boleh 'menciplak'
ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.
Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia
termasuk dari golongan mereka (HR Abu Daud
dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar).
Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang
menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)
(HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya
dari datuknya).
Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi
dan Nasrani.. (HR Tirmidzi). 

Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-
niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah
akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam
masalah hari raya (hari kebesaran) misalnya,
Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari
raya umat lain. Begitu pula dengan urusan
pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain
dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama
lain.

Semestinya kita mempunyai cara hidup kita
sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan
memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-
satunya cara hidup yang komprehensif dan
sempurna yang diturunkan/diwahyukan oleh Allah
SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk
mengatur hubungan manusia dengan tuhannya,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan
hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah
SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi
kehidupan seorang muslim dengan tegas
memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak
hidup kaum/bangsa lain, sebagaimana dalam
sabdanya:

Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku
menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh
bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam),
selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.
Di kalangan sahabat ada yang bertanya: Ya
Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti
bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah
menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)?
(Hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah).

Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna
ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-
masalah aturan kehidupan, baik individu maupun
kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn
Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka
pernah berkata:

"Yang kalah cenderung mengekori yang menang,
dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang
dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup
mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-
istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan
seni pahat (patung berhala), baik di dinding-
dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah".

Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di
saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita
dapati kesesuaiannya. Memang benar umat Islam
kini berada dalam posisi yang teramat rendah,
yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan
patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita
secara membabi -buta meniru apa-apa saja yang
diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil,
hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang
tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari
aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan
aspek-aspek Islam yang lainnya (kehidupan sosial-
kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan lain-
lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak
dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung
tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.

Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda
Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini,
akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini?
Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi
hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan
semua aturanNya?

Permasalahan ini akan hanya dapat diperbetulkan
dengan tertegaknya Khilafah. Di mana sistem
yang diterapkan secara keseluruhannya dalam
sistem Khilafah akan memastikan individu dan
masyarakat Islam akan terus hidup di atas
landasan syariat Allah SWT. Umat Islam yang
dipayungi oleh Khilafah tidak akan dibiarkan terus-
terusan disuntik dengan fahaman-fahaman kufur,
ini adalah kerana Khalifah bagi Daulah Islamiah
merupakan pemelihara bagi rakyatnya

Bangkitlah umat ku kearah mengembalikan
semula kehidupan Islam di muka bumi Allah swt
ini dengan tariqah yang telahpun ditunjukkan oleh
Rasullulah saw kepada kita iaitu dengan
menegakkan 'Sistem Khilafah', di mana sistem ini
akan memberikan suatu kehidupan yang
sebenarnya kepada manusia. Firman Allah swt:

Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah
dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu
kepada suatu memberikan kehidupan kepada
kamu (Qur'an Al-Anfaal: 24)
Dipetik dan diubahsuai dari Forum Intelektual
Nusantara (FIN).

wassalam.

Ahad, 13 Februari 2011

bersosial di alam maya bagus ke?


  sejak kedatangan laman-laman sosial bermula dengan friendster,myspace,facebook,twitter serta pelbagai lagi segala mak nenek laman-laman sosial sejak 2003 hingga mula pesat pada 2007 hingga kini, kehidupan masyarakat sekarang sudah berubah. Dahulu bila bosan takde kawan nak sembang,keluar rumah jumpa mereka,atau sekadar telefon atau SMS..namun kini,dengan hanya menggunakan hujung jari,kita boleh bersembang dengan ramai rakan yang 'online' tanpa sebarang kos serta menjimatkan tenaga badan dan minyak motor!

     Tetapi adakah dengan cara bersosial secara maya lebih bagus berbanding dengan bersosial di alam realiti? Jom usha kebaikan dan kekurangan jika kita lebih kerap bersosial dengan kawan-kawan di alam maya:

cukup mudah...cuma dengan menggunakan jari, kita boleh berhubung dengan ramai kawan

KEBAIKAN:


1.  Jimat duit. Yelah..tak perlu nak pergi jumpa kawan-kawan kalau bosan bila naik motor serta kurang kerap top up untuk telefon serta mesej mereka.

2. Jimat tenaga batin badan. tak perlu lah bersusah payah berjalan keluar pergi jumpa kawan nak sembang,juma duduk atas kerusi atau baring atas katil dan cuma gerakkan jari je bila nak bersosial.

3. Boleh berjumpa dengan ramai kawan serta kenalan yang baru dengan mudah.

4. Boleh bersembang dengan ramai kawan sekaligus dengan adanya ruang chat,message serta komen pada status.

5. Boleh menjumpai ramai kawan-kawan lama tak kira la time sekolah, universiti serta zaman muda-muda dulu. mesti best kan bila dah jumpa kawan yang dah lama berpisah, banyak cerita boleh di kongsi bersama serta yang paling menarik,majoriti fizikal mereka banyak yang sudah berubah! hehe

6. Kalau hendak membuat sesuatu event, tidak perlu nak mesej kepada ramai kawan,cuma post pada event di facebook, yelah majoriti kawan dah ada akaun facebook. Maka ini menjimatkan masa dan duit!

7. Memanfaatkan kemajuan teknologi masa kini..Takkan biarkan diri nie terlalu ketinggalan zaman kot. Klalau takde facebook, ada blog saja pun ok apa,boleh bersosial menggunakan blog saja :)

8. Lagi rapat/friendly dengan rakan blogger, lagi bagus kerana ini membuatkan kita mudah diingati oleh blogger-blogger lain serta membantu menaikkan trafik serta komen pada setiap entri kita. Ini perkara yang benar!


KELEMAHAN:

1. Ini mungkin menyebabkan seseorang tidak mempunyai kemahiran bersosial dengan baik. contohnye bila sembang dalam facebook punyer lah mesra dan friendly, tapi bila jumpa betul-betul maak ai..pendiam sungguh!

2. Biasanya tidak semua kawan-kawan baru yang berkawan dengan kita mempunyai niat yang baik serta ikhlas hendak berkawan. Ada yang berkawan cuma hendak memuaskan nafsu saja. Selalu je kita lihat dalam akhbar di mana ada kisah wanita lari rumah hendak berjumpa dengan teman lelaki yang baru di kenali dalam facebook.

3. Kemesraan yang terjalin semasa bersosial secara sihat ini tidak sama dengan jika bersosial di alam realti. Kadang-kadang bila bersembang dengan kawan pun seakan tiada perasaan langsung. Ini tidak seperti jika bersembang di alam sebenar.

4. Bila terlalu kerap online sambil bersembang dengan kawan sampai ketagih, ini bukannya baik. Ada yang sampai tidur tak menentu,sembahyang lambat, malas tolong mak masak dan sebagainya.

5. Menjadikan manusia zaman sekarang menjadi malas nak bergerak. Yelah,tercongok je online kat laptop sambil chat dengan kawan. Ada yang tak pernah keluar jumpa kawan atau erti kata lain anti sosial.huhu.. ini menyebabkan kes obesiti di negara kita semakin meningkat! (ntah la :P)

p/s maaf kerana kurang aktif sejak akhir-akhir ini..hendak menghabiskan  masa dengan aktiviti lain :D

10 ciri-ciri lelaki idaman wanita,,


1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -


Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.



"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

friend forever!!

“karena rasa itu sangat kotor jika tercampur dengan pertemanan.,”

Demikian situasi menjadi terlalu sulit bagi kami yang saat ini bermain dengan perasaan. Entah bagaimana, ketika kemudian masing-masing kami harus berdilema, memilih antara sahabat, atau cinta. Ya, masing-masing kami, sahabat-sahabat ini.
--
Taruhlah saat ini kami boleh berandai-andai. Memosisikan diri kami disana. Bukan sebagai siapa dengan siapa. Sekadar wakil masing-masing kami yang saling menyayangi. Meskipun demikian caranya., demikian kasih sayang kami selamanya.
--
Tidak semua orang akan melakukan hal sebagaimana saya lakukan. Namun yang saya yakin semua orang akan berbuat yang terbaik untuk memperjuangkan perasaannya. Begitu pula saya. Begitu juga masing-masing kami. Yang bersama disini, yang saling memberi dan mengasihi.
--
Mungkin cinta adalah memberi kebahagiaan. Mungkin bahagia juga berarti jika bisa melihat orang lain berbahagia. Mungkin cinta selamanya cinta. Yang oleh karena cinta itu, kami bersahabat selamanya....

sakitkan patah hati..?

kata orang.,
tak perlu kecewa dalam hidup.
hidup itu sementara je.
Tapi, hidup dan kecewa memang tak boleh dipisahkan.
kan?
*beginikah rasanya kecewa dan patah hati?

hurt.

tapi, kekecewaan itu tak perpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

kekecewaan dalam hidup ini mungkin tarbiyyah daripada Allah.
Apakah kita akan sabar atau sebaliknya.

sekarang ini.
saya rasa kecewa sangat.
kecewa+patah hati = sakit sangat. ^_^

siapa yang suka fikir bukan-bukan, cepat bersihkan balik fikiran, ini tiada kena-mengena dengan putus cinta

miz u all !!

                               

warh,,wndu la at u all,,,

fatin,ogy,miera.escha,haziq,jiji

ni la mmber2 ak,,tp slh sowg dlm ni dh lme jgk la dh ptus kwan,,sbb ad mslah,,tp dye sndri yg wat mslh 2,,ktorang  x ckp pown xnk kwan ngan dye,,tp dye sndri yg jauh kn dri dr ktorang,,nk wat cm ne,,kes 2 pown sbb xlmbat byaq duet kut,,ble dh byaq..msing2 dh x cntact kwan ni,,ak pown   mlz la nk cri gduh,,bia la dya,,asl kan dye x wat mslh ngn owg laen mcm mnew dye wat at ktorang,,



ni last ary skolah,,jaat gler ak curi bnde ni untuk wat autogrft mmber2,
,dh la flsafah skolah plak 2,,ish3,,