Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.
Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul . Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.
Penulisan kali ini, saya ingin kongsikan pendapat mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook. Semua ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri.
1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat
Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka , dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang
Apa yang saya perhatikan, ramai di kalangan remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada di antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan juga ada di antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial. haha!
4. Nak pamer body yang mantap
Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tak kira perempuan ataupun lelaki, berlumba-lumba ingin mempamerkan kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu juga saya saya sendiri. Tetapi saya gila pada yang cun je. lol. Pernah saya jumpa satu individu, memang cun tapi setakat ni tak dapat mengalahkan Elisha Cuthbert saya lagi la. Haha!
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat
Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas.Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game
Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook la tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Haha!
Saya rasa cukuplah enam sebab utama yang saya senaraikan itu tentang kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial. Kalau diikutkan, banyak lagi sebab yang dapat saya senaraikan. Oleh kerana mood kemalasan melanda diri saya secara tiba-tiba, jadi terpaksalah saya berhenti dulu. Haha!
Apa pendapat tuan puan bila bercakap tentang remaja dan laman web sosial ini? Mungkin tuan puan mempunyai pendapat sendiri kerana saya percaya tuan puan adalah salah seorang daripada mereka yang ketagih dengan laman web sosial seperti facebook. Hehe! Saya tinggalkan tuan puan dengan satu persoalan, adakah laman web sosial seperti facebook membawa kebaikan atau keburukan kepada remaja?