sejak kedatangan laman-laman sosial bermula dengan friendster,myspace,facebook,twitter serta pelbagai lagi segala mak nenek laman-laman sosial sejak 2003 hingga mula pesat pada 2007 hingga kini, kehidupan masyarakat sekarang sudah berubah. Dahulu bila bosan takde kawan nak sembang,keluar rumah jumpa mereka,atau sekadar telefon atau SMS..namun kini,dengan hanya menggunakan hujung jari,kita boleh bersembang dengan ramai rakan yang 'online' tanpa sebarang kos serta menjimatkan tenaga badan dan minyak motor!
Tetapi adakah dengan cara bersosial secara maya lebih bagus berbanding dengan bersosial di alam realiti? Jom usha kebaikan dan kekurangan jika kita lebih kerap bersosial dengan kawan-kawan di alam maya:

cukup mudah...cuma dengan menggunakan jari, kita boleh berhubung dengan ramai kawan
KEBAIKAN:
1. Jimat duit. Yelah..tak perlu nak pergi jumpa kawan-kawan kalau bosan bila naik motor serta kurang kerap top up untuk telefon serta mesej mereka.
2. Jimat tenaga
3. Boleh berjumpa dengan ramai kawan serta kenalan yang baru dengan mudah.
4. Boleh bersembang dengan ramai kawan sekaligus dengan adanya ruang chat,message serta komen pada status.
5. Boleh menjumpai ramai kawan-kawan lama tak kira la time sekolah, universiti serta zaman muda-muda dulu. mesti best kan bila dah jumpa kawan yang dah lama berpisah, banyak cerita boleh di kongsi bersama serta yang paling menarik,majoriti fizikal mereka banyak yang sudah berubah! hehe
6. Kalau hendak membuat sesuatu event, tidak perlu nak mesej kepada ramai kawan,cuma post pada event di facebook, yelah majoriti kawan dah ada akaun facebook. Maka ini menjimatkan masa dan duit!
7. Memanfaatkan kemajuan teknologi masa kini..Takkan biarkan diri nie terlalu ketinggalan zaman kot. Klalau takde facebook, ada blog saja pun ok apa,boleh bersosial menggunakan blog saja :)
8. Lagi rapat/friendly dengan rakan blogger, lagi bagus kerana ini membuatkan kita mudah diingati oleh blogger-blogger lain serta membantu menaikkan trafik serta komen pada setiap entri kita. Ini perkara yang benar!
KELEMAHAN:
1. Ini mungkin menyebabkan seseorang tidak mempunyai kemahiran bersosial dengan baik. contohnye bila sembang dalam facebook punyer lah mesra dan friendly, tapi bila jumpa betul-betul maak ai..pendiam sungguh!
2. Biasanya tidak semua kawan-kawan baru yang berkawan dengan kita mempunyai niat yang baik serta ikhlas hendak berkawan. Ada yang berkawan cuma hendak memuaskan nafsu saja. Selalu je kita lihat dalam akhbar di mana ada kisah wanita lari rumah hendak berjumpa dengan teman lelaki yang baru di kenali dalam facebook.
3. Kemesraan yang terjalin semasa bersosial secara sihat ini tidak sama dengan jika bersosial di alam realti. Kadang-kadang bila bersembang dengan kawan pun seakan tiada perasaan langsung. Ini tidak seperti jika bersembang di alam sebenar.
4. Bila terlalu kerap online sambil bersembang dengan kawan sampai ketagih, ini bukannya baik. Ada yang sampai tidur tak menentu,sembahyang lambat, malas tolong mak masak dan sebagainya.
5. Menjadikan manusia zaman sekarang menjadi malas nak bergerak. Yelah,tercongok je online kat laptop sambil chat dengan kawan. Ada yang tak pernah keluar jumpa kawan atau erti kata lain anti sosial.huhu.. ini menyebabkan kes obesiti di negara kita semakin meningkat! (ntah la :P)
p/s maaf kerana kurang aktif sejak akhir-akhir ini..hendak menghabiskan masa dengan aktiviti lain :D

Tiada ulasan:
Catat Ulasan