Assalamu'alaikum w.b.t..
- sekali lagi, curian daripada Google -
pagi pagi ni ak bukak Facebook.. macam macam updates dari kawan kawan semua.. merepek ada, kelakar ada, cute pon ada.. dalam seronok, dua ronok dan beronok ronok tu, ak tertarik dengan satu post ni..
"APA YANG JADI DENGAN AKAUN FACEBOOK KITA SELEPAS KITA MATI?"
AMARAN KERAS!!
ini bukan entry untuk condemn sesiapa okay?
sila berfikiran terbuka dan berjiwa lapang..
agak agak kalau panas mata baca..
sila klik PANGKAH tu laju laju..
terima kasih..
scary kan tajuk dia? isinya pon makan dalam.. ak tak nak paste kat sini.. tak seronok nak paste hasil kerja orang ni.. takde kepuasan.. ;)
apa isi kandungan post tu? jom kita ZAAASSSS! ;)
"cun la awak ni.."
"tough gila badan kau.. meleleh dowh!"
"gila seksi awek ni bhai.. kalau la aku dapat.."
bangga tak kalau korang ditakdirkan dapat komen komen yang terangsang memberangsangkan macam ni? dont lie, everybody will be proud of it.. even Miss J pon kembang jugak kalau ada orang puji puji ak ni comel macam Selena Gomez.. kembang kempis la hidung terima segala puji, diangkat angkat, dipuja puja oleh orang ramai.. kan?
makin dipuji, makin berlambak lambak pose maut yang kita hasilkan.. terutamanya, PEREMPUAN.. bukan nak kutuk perempuan, tapi REALITInya, kalau kita survey, memang rata rata pengguna laman sosial yang mempamerkan posing maut adalah perempuan.. yang freehair dan bertudung semua sama je.. semua pakat tayang aset masing masing.. dari rambut ke hujung kaki semua nampak.. tak payah ak nak cakap banyak, korang pon tau sejauh mana kebenaran kata kata ak ni.. kan? ;)
"akaun aku, suka hati aku la.. internet aku yang bayar.. sape kau nak menyibuk?"
sorry, bukan nak menyibuk.. peringatan saje.. untuk diri sendiri semestinya, dan untuk gadis gadis menawan yang sedang membaca ni.. bukan nak menembak sesape, tapi nak ajak kita refleksi diri.. ;)
back to the topic.. apa kaitan dengan kematian? macam yang korang tau, website korang ada password yang hanya korang je yang tau kan? unless korang pass kat couple korang, tu lain cerita.. tolak tepi pasal tu.. yang ak nak highlight ni, bila dah mati, gambar gambar posing maut dan tayangan perdana aset aset dan aurat kita tu sape nak deletekan? kalau tak delete, mesti la terus terusan jadi tontonan mata mata nakal kan? berapa banyak dosa yang kita dah dapat? hey, jangan ingat dosa tu hanya dilakukan semasa hidup je tau? dosa tu bole terus berjalan walaupon jasad ni dah tertimbus.. bila akaun dosa bertimbun timbun sampai bawak ke alam mati, tak ke terseksa kita kat dalam kubur nanti? tak ke terketar ketar nak menjawab kat akhirat nanti? dah cukup sangat ke amal jariah kita untuk cover akaun dosa yang sentiasa berjalan tu?
tak nak cakap lebih lebih.. ak pon bukan sempurna sangat.. semoga sama sama la kita jadikan iktibar dan pedoman ye perawan perawan yang jelitawan.. ;)
p/s : terima kasih sebab sudi baca.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan