kau rintihlah segalanya pada Yang Maha Berkuasa.
jika kau kecewa,
kau luahkanlah rasa hatimu padaNYA.
jika kau kesunyian,
cubalah rasai kehadiranNYA.
jika kau gembira,
ingatlah DIA kerana DIA yang mengizinkannya.
jika kau jatuh,
adulah permasalahanmu padaNYA.
jika kau lalai,
segeralah mengingatiNYA.
jika kau kehampaan,
berzikirlah padaNYA.
jika kau rasa sayu dihatimu,
kau dekatkanlah dirimu padaNYA.
jika kau sakit,
adulah kesakitanmu padaNYA.
berdoalah padaNYA agar disembuhkan sakitnya.
jika kau marah,
beristighfarlah padaNYA.
jika kau berduka,
sebutlah namaNYA.
jika kau kekosongan,
bermunajatlah padaNYA.
jika kau disakiti,
mohonlah perlindungan daripadaNYA.
jika kau dikhianati,
mohonlah kepadaNYA agar kau diberi pengadilan.
jika kau ditinggalkan,
berdampinglah padaNYA.
jika kau terasa terhina,
rendahkanlah dirimu untuk sujud padaNYA.
jika kau bahagia,
ingatlah itu anugerah daripadaNYA.
MATLAMAT DAN TUJUAN ADALAH UNTUK MEMPEROLEH REDHANYA.
SEGALA APA YANG DILAKUKAN ATAS KEIZINAN DAN KEHENDAKNYA.
SEGALA APA YANG TERJADI KE ATAS SETIAP HAMBANYA SUDAH TERTULIS.
SETIAP APA YANG DILAKUKAN HENDAKLAH DIIRINGI DENGAN KEJUJURAN, KEIKHLASAN, DILAKSANAKAN DENGAN PENUH AMANAH.
USAHLAH MENGELUH ATAS SETIAP APA YANG TERJADI.
KERANA KITA SEDANG DIUJINYA.
BASAHILAH LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMANYA.
DENGAN MELIHAT KEAJAIBAN CIPTAANNYA CUKUP UNTUK MENGAGUNGKANNYA.
PERLU DITAMBAH DENGAN AMALAN YANG LAIN UNTUK BEKALAN DI ALAM SANA.
DALAM MENYAYANGI INSAN DALAM HIDUP KITA, HENDAKLAH DISAYANGI TIDAK LEBIH MENYAYANGI DIRI SENDIRI. KERANA KHUATIR PABILA ORANG YANG KITA SAYANG ITU AKAN DIAMBIL NYAWANYA UNTUK MENGHADAP ILAHI. ATAU ORANG ITU AKAN MENYAKITI HATI KITA.
USAHLAH TERLALU PERCAYA PADA JANJI MANUSIA. KERANA SUKAR UNTUK DIJUMPAI MANUSIA YANG BENAR-BENAR TIDAK AKAN INGKAR PADA JANJI.
WAHAI SAUDARAKU SEKALIAN,
PESANAN INI BUKAN HANYA UNTUKKU BAHKAN UNTUK KALIAN JUGA YANG MEMBACA.
INGATILAH DIA KERANA TAKUT MUNGKIN ESOK ATAU SEBENTAR LAGI KITA TIDAK PUNYA PELUANG UNTUK BERNAFAS LAGI.
MAAFKAN DIRIKU ANDAI AKU PERNAH MENYAKITIMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan