http://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhye semua!!..maeyh la melawat2 dlu aku punya blog,,,sblum tutup tu ka,,follow larh dulu ye,,untuk mengerat kan silaturrahim,,hehehh,,

Selasa, 21 Jun 2011

jAngAn hAnyA mEnghinA wAnitA~

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye..^^ tak jawab dosa..jawab sayang..he3..^^ [comel btul ayat ni..mcm aku..ha3..suka2..] okey..!  macam-macam yang aku nak luahkan..lagi-lagi bila aku sekarang ni dah ter'rajin' blogwalking..^^ he3..
p/s : gambar sumbangan pak cik google..
gambar tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia..~

okey..! aku nak tanya sikit lah kan..apa pandangan korang semua pada dua gambar di atas..? hu3..mesti korang akan cakap yang
 "lelaki tu artis, Zed Zaidi..biasa je aku tengik..tak ada apa-apa yang pelik..hensem tu..!"
hu3..betul kan..? dan sekarang cuba pula lihat gambar wanita berdua tu..apa yang korang nak cakap..?
ni mesti cikaro ni..hu3..dah lah tak pakai tudung, pastu amik gambar seksi..ingat cantik ke..hu3..
nampak tak perbezaan minda kita ni..asal kan perempuan seksi sikit je kita dah kutuk bukan main..cakap dia ni tak ada maruah lah, apa lah..macam-macam..memang lah perempuan yang tak pakai tudung tu tak baik..sebab dia tidak menjaga aurat dia..tapi itu urusan dia dengan ALLAH..mungkin kita nak nasihat dia supaya dia berubah, tapi betul ke cara kita nasihat dia..betul ke dengan kita kutuk-mengutuk dia, dia akan berubah..no way...! kalau setakat kutuk tu boleh tahan lagi lah, tapi kalau yang siap buat entry tentang dia, kan dah jadi sesuatu yang memalukan..bila kita buat begitu bermakna kita dah buka aib dia..dek kerana nak buat baik, akhirnya kita juga yang dapat dosa..hurm..
jaga mulut..jangan sampai membuka aib orang lain..[google..]

okey..!cuba korang pergi padang bola petang-petang..lagi-lagi kalau time orang tengah main bola..mesti kebanyakan lelaki-lelaki yang sedang main bola  tu pakai seluar pendek je kan..mesti lah punya..jarang jumpa mereka yang pakai seluar panjang time main bola..[kalau ada pun segelintir sahaja..] tapi kenapa kita tak kutuk mereka..mendedahkan aurat juga..lagi-lagi yang kalau main, memang guna seluar yang betul-betul pendek sehingga menampakkan peha nya yang tak seberapa putih tu..[oopppss..he3..]..tak ada pula kita sibuk tulis dekat FB ke cakap :
apa nak jadi lah dengan budak lelaki sekarang ni..main bola bukannya nak tutup aurat..
kenapa tak cakap macam tu pula..? kalau lah perempuan yang tak tutup aurat memang dah kena kutuk habis-habisan tu..hu3..itulah yang aku cakapkan minda kita ni sempit..selalu mengutuk benda yang dah jadi kebiasaan untuk dikutuk..kita mengutuk tanpa rasa bersalah..sedangkan kalau ikut kan, banyak benda lagi yang boleh dikutuk..

lagi satu..lelaki yang pakai rantai..hurm..dosa..zaman sekarang ni bersepah anak-anak muda yang pakai..kenapa tak nak nasihat..kenapa tak nak kutuk..sebab pakai rantai tu tak nampak macam dosa ke..? hu3...sama je dua-dua tu..tetap mendatangkan dosa..tapi kita buat tak tahu je..malahan ada pula yang memuji mereka yang pakai rantai..
u look smart lah pakai rantai..nampak macho..
otak hang macho..! hancuurrrrr ada lah..!hu3..ni belum aku sentuh soal hisap rokok lagi..cakap tak haram lah, apa lah..memang lah dalam al-Quran tu tak ada cakap pasal haram hisap rokok, tapi kan ad ayat yang menegaskan bahawa berdosa lah kita sekiranya kita memudaratkan kesihatan diri..tak pikir kew..? sibuk betul dengan urusan hidup orang lain, sedangkan diri pun tak betul..hu3..sibuk jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri yang koyak..hu3..[peribahasa baru..^^ ha3..] 

dan dekat sini aku bukan lah nak mengetengahkan kesalahan orang lelaki..aku cuma nak perbetulkan minda kita..aku pun memang tak sempurna..banyak melakukan dosa..sama ada sedar atau tak..aku malu kadang-kadang bila tengok anak remaja sekarang..baik lelaki mahupun perempuan..aku tak sanggup nak tengok mereka semua terus hanyut dengan indah dunia yang sementara ni..

jadi, aku harap korang pun faham lah..nak kutuk orang tu, tengok diri sendiri dulu..nak kutuk anak orang lain, tengok keluarga kita sendiri..adil-adik kita yang perempuan tu tutup aurat ke tidak, jaga pergaulan mereka ke tidak..ni tidak, kutuk anak orang lain cakap yang bukan-bukan, tapi tengok-tengok adik sendiri pun tak tutup aurat..jaga keluarga kita..bila semua orang jaga keluarga masing-masing, maka kuranglah gejala sosial ni..hu3..ingatkan diri juga bahawa hidup ni sementara..bila-bila je boleh pergi selamanya..hurm..

maaf lah sebab membebel panjang..aku geram..! dan aku bukan hendak membela wanita, cuma sama-sama lah kita sedar yang lelaki pun perlu ditegur..hu3..kita sedap kutuk orang lain, rupa-rupa nya kita sendiri yang tak betul..hu3..aku mintak maaf lah kalau entry aku ni ada salah dan silap..kalau ada mana-mana yag salah sila tegur..aku pun insan biasa yang tak lari dari buat dosa..hu3..ok lah..salam..~
p/s : tiba-tiba teringat pula kata-kata seorang sahabat aku ni.."aku nak masuk syurga ramai-ramai..tak nak masuk sorang-sorang.." selamat beramal semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan