http://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhttp://matcuoi.comhye semua!!..maeyh la melawat2 dlu aku punya blog,,,sblum tutup tu ka,,follow larh dulu ye,,untuk mengerat kan silaturrahim,,hehehh,,

Isnin, 11 Julai 2011

Bagaimana dikatakan blogger berjaya:



Setiap blogger ada aims tersendiri.Ada yang bercita-cita nak menjadi blogger yang berjaya dan ada yang sekadar suka-suka.Kalau yang nak berjaya memang bermacam cara yang depa akan try.Segmen,kontest dan macam-macam lagi dalam kepala.Nak berjaya punya pasal.Kalau yang suka-suka tu pulak tu pun lebih kurang je.Macam-macam yang akan dilakukan oleh depa ni.Tak update,tidur memanjang,tak pun bagi la seribu alasan.Pastu merungut kenapa blog dia tak naik-naik.Nak naik kena ada usaha der..Mana ada duit atau kejayaan jatuh dari langit..Kalau durian runtuh ada lah..=P

So,macam mana seorang blogger tu boleh digelar berjaya?Yang pertama,tentunya followernya beriban.Ce tengok follower saya tu..Ciput je kan?Blogger yang berjaya ni kompem ada dalam puluh ribu follower.Mereka inilah pembaca setia blog tu.Bila dah suka,link blog tu akan diletakkan di bloglist.Jadi bila update je orang akan tahu dan terus terjah.Ini memang ciri blogger yang berjaya..

Blogger yang berjaya juga bukan saja mempunyai pembaca setia di kalangan blogger je.Kalau kita perasan, ada sesetengah blogger yang banyak komennya,tapi yang peliknya bukan dari kalangan blogger.Maknanya, si pengomen tak de blog la tu kan?And then,fan page die akan berpuluh-puluh ribu mengalahkan bilangan follower di blog.Ini menunjukkan bahawa dia mempunyai pembaca setia yang bukan blogger.



Disamping tu,blogger yang berjaya mempunyai kreativiti yang tersendiri.Maksudnya ada yang pandai membuat cerita.Ada yang pandai melukis dan sebagainya.Tak perlu tunjuk muka semua tapi orang tetap suka.Kalau sekali singgah tu rasa macam nak singgah banyak kali.Macam ada daya tarikan gitu.Kalau blog saya ni ntah apa la tarikannya tu kan?Silap-silap tak ada..huu

Selain tu,kalau kita perasan,kalau blogger yang berjaya ni update sekali beratus orang akan view dalam satu masa.Kalau tak update pun tetap orang akan singgah di blog dia.Ini menjukkan bahawa dia sangat hebat dan dasyat.Tapi jangan lupa,ini semua tetap anugerah dan pinjaman dari Allah...


Sedikit sebanyak dari saya..Kadang-kadang tertanya jugak.Bila la nak jadi blogger berjaya ni?huu..InsyaAllah satu hari nanti =) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan