pernah tak kita jalan jalan keliling dunia, terlihat sekumpulan manusia yang cantik cantik atau hensem hensem je semuanya? pernah tak korang tengok ada sekumpulan manusia yang bersaiz badan besar besar atau gempal gempal jalan satu geng? ? *saya pernah melihatnya!
entry ini saya postkan kerana saya terfikir tentang diskriminasi sesetengah manusia di muka bumi ini yang seakan akan memilih kawan. pernah dengar orang cantik@hensem nak kawan dengan orang yang macam dia je? pernah dengar orang kurus macam model tak nak kawan dengan orang gemuk macam saya? *saya selalu dengar tentang isu ini, tapi bukan semua orang macam tu. setiap orang berbezakan?
saya paling tidak suka bila ada manusia yang terlampau memilih kawan malah dengan rasa bongkaknya mengutuk orang lain yang yess kita lihat memang orang tu lawa lah kan. *diingatkan sekali lagi, bukan semua orang macam tu, kawan kawan saya banyak cantik manis kiut miut, alhamdulillah nak je kawan dengan orang gemuk macam saya. hehe..*
setiap orang tu pasti ada kelebihan dan kekurangan masing masing. mungkin dia tidaklah sehebat badan model, tapi otaknya mungkin lebih hebat dari bill gates yer tak? mungkin anda kurus cantik hensem boleh jadi model, tapi anda juga pasti punya kekurangan sendiri betul tak? *anda adalah anda, anda pasti tahu apa kekurangan anda.* maka tak perlulah nak main pilih pilih kawan sebab bentuk fizikal rupa paras tu hanya sementara. hati yang mulia dan baik itulah yang akan kekal selamanya andai dipelihara.
Fakta : kepada semua orang yang memang dilahirkan cantik hensem badan tiptop semulajadi, syukurilah nikmat kurniaanNya. sebab saya tahu bagaimana perasaan menjadi orang yang bertubuh besar ni. kebanyakannya low of confidence. sama macam saya. sampaikan kalau nampak orang cantik atau hensem mesti saya akan terfikir, "nak ke dorang ni kawan dengan saya ni?" hidup dalam keadaan serba kekurangan keyakinan memang sukar. bak kata kakak saya, saya mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah sampaikan nak pilih baju nak pergi keluar rumah pun nak ambil masa berjam jam. semata mata saya takut dengan pandangan orang lain terhadap saya. jadilah diri kita sendiri. meski apapun orang kata, meski mereka jijik dan pandang sebelah mata je dekat kita, kita tetap kita. mereka tidak layak untuk memilih milih sama ada kita boleh atau tidak berkawan dengan mereka. andainya mereka terima kita seadanya, alhamdulillah, jika tidak, tak perlulah kita terhegeh hegeh ke dorang tu yer.
andai ingin berkawan, terimalah dirinya seadanya. kerana kita juga tidak sempurna. bukankah hidup ini saling melengkapi antara satu sama lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan